Cara guna HTML editor terbaru blogger

HTML editor adalah tempat dimana kita boleh mengubahsuai template mengikut citarasa sendiri.Blogger telah mengeluarkan HTML editor terbaru.Sebelum ini anda perlu tandakan Expand widget template jika hendak memaparkan keseluruhan kod yang ada pada template.Berbeza dengan yang baru kita boleh memilih untuk terus ke widget widget tertentu pada template.Jika sebelum ini anda menggunakan fungsi search (Ctrl+F) pada browser (contohnya seperti Mozilla Firefox) untuk mencari kod pada template,pada HTML editor terbaru ini kod tidak akan dijumpai jika menggunakan Ctrl+F pada browser.



 Untuk mencari kod pada HTML editor terbaru ikutilah langkah berikut ini



Klik dimana mana bahagian didalam HTML editor dan tekan butang Ctrl + F pada keyboard.Ruangan search akan dipaparkan pada bahagian atas ruangan HTML editor.

 
Taipkan teks yang hendak dicari pada ruangan search dan tekan butang enter.Teks yang dijumpai akan dihighlightkan.Bagaimana pun sesetengah browser tidak boleh digunakan untuk mencari teks pada editor baru ini.Saya menggunakan Mozilla Firefox dan ia berfungsi.Editor lama rasanya lebih senang digunakan dan sesuai untuk kebanyakan browser .

No comments:

Post a Comment